Monday 15 October 2018

PAKEJ BERPANTANG TWB OLEH D'HAJA BEAUTY SPA

Assalamualaikum wbt...

Dengan ini D'Haja Beauty Spa melancarkan #PakejBerpantangTWB, rawatan untuk ibu-ibu selepas bersalin.


Kami menyediakan pelbagai pakej bermula dari pakej sehari sehingga 44 hari.

Setiap pakej yang di ambil akan di berikan set menyusu dan berpantang Shaklee secara percuma untuk ibu supaya lebih bertenaga dan berpantang dengan sihat dalam masa yang sama dapat menyusukan bayi sepenuhnya tanpa susu formula.

Supplement yang akan di bekalkan 
sepanjang tempoh pakej yang di ambil

Antara rawatan yang disediakan ialah :-

MANDIAN HERBA
~~~~~~~~~~~~~~~
- rawatan mandi herba ini bertujuan untuk menyegarkan kembali tubuh ibu yang letih dan lesu selepas bersalin. Ia juga membantu untuk menghangatkan tubuh ibu selain membersihkan badan kerana kerap berpeluh. Ianya penting bagi ibu untuk menjaga kebersihan kerana akan menyusukan bayi.

URUTAN BERPANTANG DAN BENGKAK SUSU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- urutan berpantang ini membantu melancarkan darah dan mengeluarkan darah yang terperangkap. Urutan juga penting untuk menaikkan semula rahim, dan memperbetulkan urat-urat yang tegang serta mempercepatkan proses pemulihan badan selepas bersalin.
- urutan bengkak susu pula untuk melancarkan pengaliran susu supaya tiada kesan sampingan seperti demam, sakit pada ibu.

TUNGKU
~~~~~~~
- bertungku ini antara yang wajib bagi ibu selepas bersalin kerana ia membantu mengeluarkan darah nifas yang bersisa di dalam rahim serta melembutkan urat-urat yang tegang dan juga melancarkan peredaran darah.

PEMAKAIAN BENGKUNG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- membantu dalam mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal. Ia juga berfungsi untuk melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal serta mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan. Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi juga berfungsi untuk memecahkan lemak dan selulit.

SAPUAN PARAM / PILIS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-  tujuan penyapuan PARAM ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin. Manakala memakai pilis memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Setiap pakej yang di ambil oleh customer di sertakan sekali rawatan penutup kecuali untuk sesi 1 hari.

Rawatan penutup ini rawatan selepas habis waktu pantang dan rawatan yang kami tawarkan selain urutan badan ialah

SAUNA
~~~~~~
- membantu buang angin dari dalam badan dan menyegarkan badan.

TANGAS KERING
~~~~~~~~~~~~~~
- fungsi tangas kering ini ialah untuk membantu mengecutkan rahim dan menguatkan otot vagina serta membantu mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Ia juga mampu mengurangkan masalahbberkaitan rahim.

FACIAL DAN SENGKAK WAJAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- khas untuk ibu lepas tamat tempoh berpantang supaya kembali segar dan kekal cantik selepas bersalin dan sengkak wajah membantu untuk menaikkan kembali raut wajah yang jatuh selepas proses kelahiran.


Pakej yang di tawarkan dapat membantu ibu-ibu berpantang dengan tenang tanpa berfikir mengenai masalah kesihatan serta masalah untuk menyusukan bayi cukup tempoh. Itulah tujuan di berikan set berpantang dan menyusu Shaklee di berikan buat customer kami.

Bonus untuk pelanggan D'Haja Beauty Spa, pada pakej penutup pantang akan di berikan mandian aura percuma untuk membangkitkan seri ibu bersalin.

Sebarang pertanyaan atau untuk booking slot anda bolehlah hubungi saya seperti nombor di bawah..

Selamat berpantang dengan sihat dan bertenaga bersama D'Haja Beauty spa

Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI

No comments:

Post a Comment

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...