Tuesday 3 April 2018

Kenapa Aku Mula Berniaga

                         Kenapa Aku Mula Berniaga
                        --------------------------------------------



Dari lepas SPM saya mula bekerja. Nak sambung belajar masa tu kurang kemampuan. Lagipun kesian Amai, dengan duit pencen arwah Amaikah serta duit jadi baby sitter yang di gunakan untuk support kami berdua.

So lepas SPM memang decide nak kerja sebab tak nak Amai susah-susah lagi. Masa mula kerja tahun 1997 dan gaji permulaan hanya RM350 sebagai pembantu farmasi.

Bayangkan RM350 tahu sebulan. Apa je boleh buat zaman ni. Tapi kalau korang nak tahu, masa tu dengan gaji yang sedikit saya mampu menyimpan dan ada saving. Almaklumlah, Amai memang jenis tak membazir dan saya di ajar macam tu juga.

5 tahun kerja di farmasi sebelum berhenti tahun 2002 dan kalau korang nak tahu saya dah ada saving sebanyak RM20k. Huhu.

Tapi itu kisah masa kerja di farmasi. Lepas tu memang dah tak ada saving tahu. Hampir 2 tahun saya tak kerja. Masa tu belajar menjahit dan ambil upah jahit sikit-sikit. Tak terasa tak kerja sebab ada saving yang mula di tarah sikit-sikit. Then Amai masih lagi menjadi baby sitter.

2003 start kerja balik dan bermula episod di mana dapat gaji habis bulan tu juga. Takdelah saving. Siap minta dengan Amai adalah. Ni akibat bila ada gajet, kereta. So dah ada komitmen tak dapat nak menyimpan.

Bila kahwin, habis dah semua simpanan yang ada. Makan gaji hanya cukup-cukup makan je. Dah tak dapat nak bagi Amai duit belanja macam masa mula-mula tu. 😢😭

Sampailah pada tahun 2016. Memang terasa sangat. Macam-macam masalah di hadapi sehingga rasa macam nak putus asa je. Tapi Jira kan. Siapa yang kenal tahulah macam mana saya ni. Masa tu tekad nak tambah pendapatan.

Cari punya cari terjumpalah beberapa choices tapi yang jadi pilihan home and mobile spa. Teruslah contact person yang empunya blog iaitu Mommy ku kini Sya Syasya. Lepas di explain memang minat sangat walaupun lain bidang yg di ceburi sejak 20 tahun lepas.

Masa ni timbul masalah modal RM750 untuk pakej ketika itu. Last yang tolong saya untuk mulakan perniagaan spa ni ialah Arwah Amai. Dengan modal sebanyak RM1500 dari Amai aku sertai kursus spa dan beli set sauna. Bagitahu Amai nanti orang bayar balik duit ni tahu.

D'Haja Beauty Spa di JB 2017

November 2016 bermulalah journey dengan home n mobile spa. Tapi masa tu belum aktif sangat sebab masih bekerja. Buat secara sambilan sahaja. Dapatlah cover poket money time tengah-tengah bulan kan.
May 2017 saya berhenti kerja dan bergiat secara aktif. Bayangkan balik cuti sekolah selama seminggu dapat 20 orang customer. Best ke BEST.
Dapat belanja masa birthday Amai makan kat Old Town sebab Amai teringin makan mee kari kat sana.

Lepas Amai meninggal bulan 8 dan saya berpindah ke Selangor balik, makin tinggi peluang. Dah ada regular customer, dapat tambah ilmu dengan pakej-pakej terbaru. Gathering dengan beautician lain. Sharing dan tips serta nasihat dari mereka yang senior buatkan saya rasa memang tak salah saya pilih home and mobile spa under #TWB ni. Sekarang satu persatu impian yang tersimpan akan saya capai dan yang penting berikan yang terbaik buat my sweetheart serta banyakkan sedekah buat Amai supaya senang di tempat yang kekal abadi.

Kenangan bersama Arwah Amai


Terima kasih pada founder Ainul Shahrazad telah membuat keputusan yang awesome bila mula mengilhamkan project ini. Sangat-sangat membantu kami wanita yang ingin menaikkan taraf hidup.

The Walking Beauty Project


Dan lagi awesome bila founder dengan berbesar hati memulakan #ProjekBuatDuitHarihariTWB ini dengan kos yang cukup rendah iaitu RM99 sebagai langkah pertama untuk mereka yang berminat tapi mempunyai kekangan modal.

Projek Buat Duit Hari-Hari TWB


Korang pun boleh cuma perlu bangkit sahut cabaran diri sendiri sebab musuh kita sebenarnya berada dalam diri kita sendiri. Wake up guys dan peluang ini tidak datang selalu jadi jangan lepaskan.

Lauching Baby Spa


Percutian Ke Luar Negara

Instant Cash melalui spa


#proudtobeTWBians
#homeandmobilespa
#DHajaBeautySpa


Hajira
Certified Beautician & Beauty Trainer of TWB
Owner of D'Haja Beauty Spa
Natural Home Spa | Mobile Spa
+6016 - 969 5925
hajiramohamedsali@gmail.com
FB : HAJIRA MOHAMED SALI

IG : HAJIRA MOHAMED SALI

4 comments:

  1. Fuh. Banyak jgk tu dapat saving 20k 👏🏻👍🏻 Insyaallah, Kak Hajira. Semoga Allah permudahkan semua urusan & murahkan rezeki akak dalam SPA Shaklee TWB ni. Sekejapan je nanti dpt 20k ni balik 😉 Dan semoga niat akak utk bantu naiktaraf kehidupan wanita di luar sana pahalanya mengalir kpd Amai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...In Shaa Allah Sya...kita akan teruskan usaha kita. 💪💪💪

      Delete
  2. That’s the spirit kak! Semoga kita sama2 berjaya dlm TWB💪🏻

    ReplyDelete

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...