Saturday 29 September 2018

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Lama tak dengar cerita saya ni kan. Hihi..sibuk dengan bermacam projek kebelakangan ni.

Oh ye..TWB akan lancarkan pakej terbaru tahu.
PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN. Kiranya lengkaplah nanti. Bukan setakat facial semata kan.


Bila ada pakej macam ni terkenang 8 tahun dahulu..kikiki. Masa melahirkan my sweetheart. Masa tu tak kenal lagi dengan Shaklee ni. Jadi ikutlah berpantang cara tradisonal.

Mmm...tapi masa tu ada cheat juga...masa Amai ke depan kita senyap-senyap buka peti sejuk dan belasah air sejuk padahal belum habis pantang.. Aaaahhh akibatmya merasalah sakit-sakit badan sekarang ni. Huhu.

Tapi sebenarnyakan memang ada set bersalin dan  berpantang yang mudah dan tak perlu susah-susah telan jamu yang pahit bagai. Tapi ada sesetengah orang ok je kan. Macam saya ni memang memilih betul. Susah masa pantang dulu. Sampai kopi o pun tak minum tahu.

Dengan adanya set bersalin dan berpantang Shaklee, memudahkan ibu-ibu dalam pantang sekarang ni. Mana taknya..tak perlu telan jamu yang pahit atau minum air yang kelat lagi. Yang bestnya set ini adalah kesinambungan dari set hamil Shaklee juga.

Untung tak..bila kita consume set hamil boleh teruskan walaupun selepas bersalin. Cumanya ada penambahan beberapa produk lagi bagi menyembuhkan luka bersalin dan untuk memeriahkan susu ibu.

Apa kebaikan set bersalin dan berpantang Shaklee ni? Mesti ramai yang nak tahu. Bagi yang dah tahu..bolehlah share pengalaman anda bagaimana ye.

Jom kita lihat antara kebaikan set ni.

Luka bersalin cepat sembuh

Masalah sembelit dapat di atasi

Susu badan meriah

Peranakan mudah kecut

Emosi stabil



Apa pula yang ada dalam set ni ?


Saya kongsikan tentang produk yang ada dalam set ini.

a) OSTEMATRIX (ada offer tahu sehingga 30 September 2018)
● Untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan anak
● Menggantikan kalsium yang hilang semasa dalam proses kehamilan dan kelahiran
● Mengatasi masalah sembelit
● Membantu penghasilan susu ibu

b) ALFALFA atau dikenali sebagai "kacip Fatimah moden"
● Menbantu dan mempercepatkan proses penghasilan susu ibu
● Menbantu mengecutkan rahim

c) B. COMPLEX
● Membantu menstabilkan emosi dan mengelakkan simptom meroyan
● Memberi tenaga kepada ibu
● Memberi ketenangan kepada ibu

d) ESP 
● Menggalakkan penghasilan susu ibu
● Memekatkan susu ibu dengan ini bayi akan rasa kenyang yang lama dan tidur lena
● Mencantikkan kulit ibu dan bayi
● Membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin

e) VITA LEA
● Membina sel darah merah
● Membantu tumbesaran bayi
● Memberi tenaga pada ibu

f) VITA C
● Membantu penyembuhan luka selepas bersalin
● Meningkatkan imun sistem
● Mencantikkan kulit ibu dan bayi

g) OMEGA GUARD
● Untuk perkembangan otak bayi
● Mejaga kesihatan jantung ibu
● Membantu ibu kurus kembali

Amacam..lengkapkan. boleh juga kalau nak tambah supplement lain seperti Lecithin untuk mengelakkan masalah bengkak susu dan dalam masa yang sama dapat bantu ibu kurus kembali.

Oh ye..berbalik pada rawatan selepas bersalin ni, sebenarnya sekarang ni tengah high demand dan menjadi pilihan wanita kini. 

Sebab tak nak susahkan orang tua dan lebih mudah bila ada orang yang betul-betul fokus pada kita kan.

Dan tak lama lagi D'Haja Beauty Spa pun ada pakej rawatan bersalin dan berpantang ni. Tak sabar nak ke kursus esok 30 September 2018.

Nantikan pakej-pakej yang menarik seperti

1. Urutan tradisional
2. Pembuatan param dan pilis
3. Pembuatan jamu (minum)
4. Pemakaian Bengkung
5. Tangas kering dan basah
6. Bertungku
7. Penjagaan bayi ( tuam, mandi, bercukur)

So stay tune with me your future confinement lady.

Ok..itu je buat malam ni. Kena tidur awal untuk kursus esok. Lepas tu nanti kita update lagi ye.

Kalau nak set bersalin dan berpantang Shaklee ni boleh roger-roger saya tahu. Saya sedia membantu anda...

Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI




Tuesday 4 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Lama tak bersiaran. Rindu pula nak tulis blog ni.

Korang nak tahu tak? Founder TWB dah ada idea baru tahu. Memang mantaplah beliau. Ada je idea datang macam kita gosok lampu aladin tu.

Kalini pula ada pakej terbaru. Nak tahu apa dia? Haaaa...itulah dia Pakej Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin. 




Amacam best tak?

Sekarang pakej berpantang ni menjadi trend. Ramai yang tercari-cari confinement lady untuk menjaga mereka selepas bersalin.

Penjagaan selepas bersalin ni menjadi satu kepentingan sekarang. Sebenarnya sejak dari nenek moyang kita lagi. Tapi bila zaman semakin maju, kita pun semakin lupakan cara berpantang yang betul.

Ada pula yang jenis lepas bersalin tak sampai sebulan dah mula buat kerja-kerja berat. Alasan tak ada orang nak jaga.

Tapi sayang-sayang, badan kita ni nak guna lama..kalau kita tak jaga dengan baik, kita yang akan susah nanti. Kesan sampingan akan mula menonjol bila dah berusia. So masa tu nak menyesal dah tak berguna dah.

Berpantang ikut cara tradisional memang amat ketat disiplinnya..hihi

Dan sekarang terkenal dengan Confinement Lady..

Korang nak tahu.. Confinement lady atau CL ni pendapatan mereka cukup lumayan. Pakej yang di tawarkan makan beribu kadang. Tapi as return badan kita menjadi lebih sihat dan terjaga.

Wow...


Pakej beroantang rebutan artis

Artis pun cari CL tau. Jadi bila market tengah tinggi kita haruslah merebut peluang yang ada. Faham ke FAHAM.. Hihi

Melahirkan seorang insan ke dunia weeeiii, bukan mudah. Jadi perlukan perhatian dan penjagaan yang baik oleh orang yang berpengalaman supaya ibu-ibu kembali sihat, ceria, anggun dan yang penting sihat dalam menjalani tempoh berpantang.

Zaman sekarang pun sama juga tak ada bezanya. Cuma akar-akar kayu tu boleh digantikan dengan set pantang Shaklee. Set berpantang Shaklee lengkap A-Z dengan supplement atau makanan tambahan yang di perlukan oleh badan kita selepas bertarung nyawa melahirkan anak.


Ada juga set hamil Shaklee. Set hamil ni boleh je start makan bila dah tahu kita mengandung. Kalau makan lebih awal lagi pun tak apa..lebih baik.


Kelebihan set hamil ni ialah dapat membantu dari awal proses pembentukan bayi, dan juga memastikan nutrisi mencukupi untuk ibu dan anak di dalam kandungan.

Oh ye..bulan September 2018 ni, set hamil Shaklee ni ada offer tahu.

Bestkan. Itulah keistimewaan kami di TWB. Ilmu sentiasa di upgrade mengikut keperluan semasa. Bukan sekadar kecantikan luaran tetapi dalaman juga.

Jadi..kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kursus berpantang atau mengenai set berpantang atau set hamil Shaklee, meh roger-roger Jira ye.

Selamat malam semua...bubye..

Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI


KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...