Monday 15 October 2018

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB

Assalamualaikum wbt..

10 SEBAB ANDA PERLU PILIH 
PAKEJ BERPANTANG TWB

Dengar nama The Walking Beauty Project a.k.a TWB mesti ramai yang terbayang pakej facial, spa kaki tangan, lulur dan yang berkaitan dengan kecantikan, kan.

TWB telah melangkaui pemikiran anda dengan program terbarunya iaitu PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN. Dan sudah semestinya di gandingkan dengan produk natural iaitu Shaklee.

Nak tahu lebih lanjut mengenai set berpantang dan menyusu Shaklee yang kami gunakan dalam pakej kami boleh baca entry saya ni.

Kenapa mesti pilih TWB untuk pakej berpantang? Jawapannya ialah kerana


1) MENGGUNAKAN PRODUK NATURAL BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI YANG DI JAMIN KUALITI 

Dalam pakej berpantang TWB kami menggunakan produk yang berasaskan bahan semulajadi daripada Shaklee. seperti yang sedia maklum, setiap produk Shaklee telah menjalani kajian klinikal sebelum di keluarkan dan di jual kepada pelanggannya. Dengan ini terbukti kualiti dan keberkesanan produk untuk kesihatan dalaman yang membantu kita sihat luaran juga. Set ini di gelar set berpantang dan menyusu Shaklee. Wal
aupun setelah habis tempoh berpantang, ibu-ibu boleh terus mengamalkan set ini untuk kesan yang lebih  baik.


2) TERAPIS DILATIH OLEH TENAGA PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN 

Setiap terapis rawatan berpantang TWB telah menjalani latihan kursus berpantang dengan tenaga pengajar yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dan mempunyai sijil untuk menjalankan rawatan ini.


3) PAKEJ IBU DAN ANAK

Pakej berpantang TWB bukan sahaja merawat ibu tetapi bayi juga. Rawatan lengkap untuk ibu seperti urutan, bertungku, bertangas, memakai bengkong dan param/pilis. Manakala untuk bayi pula kami sediakan khidmat mandikan bayi, tuam (berbeza bagi bayi lelaki dan perempuan) dan juga cukur rambut.


4) PARAM DAN PILIS DI BUAT MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI DAN MODEN

Param dan pilis yang di sediakan oleh kami adalah buatan sendiri dengan gabungan bahan semulajadi beserta herba moden yang memberi kelegaan dan berbeza dengan yang ada di luar sana. 

5) TEKNIK URUTAN YANG TIDAK MENYAKITKAN

Gabungan teknik tradisonal dan moden ini menyebabkan ibu-ibu tidak berasa sakit kerana mengikut keadaan ibu sama ada bersalin normal atau pembedahan. Selain itu ibu-ibu juga dapat merehatkan diri seketika dengan tenang sepanjang tempoh rawatan.


6) MELANCARKAN SUSU DAN MELEGAKAN BENGKAK SUSU

Terapi kami akan bantu ibu-ibu yang mengalami masalah untuk menyusukan baby kerana masalah puting susu 'buta' kerana telah di latih cara yang betul dan juga membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah bengkak susu dengan cara tuaman.


7) BERTANGAS

Pakej berpantang TWB datang dengan cara bertangas kering atau basah yang boleh di pilih oleh ibu-ibu sama ada untuk menggunakan cara tradisional atau moden. Kedua-dua cara ini boleh di gabungkan untuk mendapat khasiat yang maksimum kepada ibu.

8) PEMAKAIAN BENGKONG

Terapis kami boleh membantu ibu-ibu yang menjalani pembedahan untuk memakai bengkong juga. Ada kaedah tertentu yang boleh membenarkan ibu yang menjalani pembedahan mendapat khasiat daripada berbenkong ini. Selain itu, kami juga boleh membantu ibu-ibu dalam pemakaian bengkong yang pelbagai jenis seperti tali kasut, bengkong jawa dan bengkong tali barut.


9) MEMBEKALKAN SUPPLEMENT SEPANJANG TEMPOH RAWATAN SECARA PERCUMA

Ibu-ibu akan di bekalkan dengan set berpantang dang menyusu seperti ESP, VITA C, VITA LEA, B COMPLEX, OMEGA GUARD dan ALFALFA sepanjang pakej rawatan yang di pilih. Terapis juga akan memberi tunjuk ajar mengenai nutrisi yang ibu-ibu perlukan sepanjang tempoh berpantang ini. Kami juga akan terangkan cara untuk terus menyusukan bayi tanpa campuran susu formula sepanjang tempoh 6 bulan pertama.


10) KHIDMAT BERTERUSAN SELEPAS TAMAT TEMPOH BERPANTANG

Bezanya pakej rawatan dengan TWB ini, ibu-ibu boleh meneruskan rawatan untuk kurus (bersauna beserta ilmu nutrisi untuk kurus dan detox) atau kecantikan (facial, spa kaki tangan, urutan lulur beserta ilmu nutrisi untuk kekal anggun sebagai seorang isteri, ibu dan yang penting sebagai seorang wanita) dengan terapis kerana kami adalah beautician dan therapist yang terlatih dari The Walking Beauty Project ini 

Ini adalah antara 10 sebab kenapa anda harus memilih kami sebagai terapis anda untuk PAKEJ BERPANTANG. 

Jika anda salah seorang yang sedang mencari terapis atau confinement lady (CL), bolehlah hubungi saya untuk pakej rawatan beserta harga yang berpatutan dan juga bekalan supplement sepanjang tempoh pakej itu nanti.

Ok, kita jumpa lagi di entry yang lain pula...

Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI



No comments:

Post a Comment

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...