Tuesday 2 October 2018

CONFINEMENT LADY VS JAGAAN MAK

Assalamualaikum wbt.. Selamat petang semua..

Selepas join kelas berpantang haritu banyak yang kami belajar mengenai cara berpantang tradisional dan moden. Teringat kembali memori masa melahirkan my sweetheart 8 tahun lepas.


Sebelum nak teruskan..korang tahu tak apa itu pantang selepas bersalin. Amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memelihara kesihatan wanita seleoas melahirkan bayi. 

Masa saya dulu tak kenal lagi confinement lady macam sekarang. Saya berpantang secara tradisonal yang di jaga oleh mak angkat saya..Amai..

Jagaannya memang tip top...di upah bidan kampung untuk urut selepas bersalin..di jaga makan minum. Sekali dengan baby di jaga. Bayangkan selama berpantang di rumah Amai, tak pernah saya mandikan baby..basuh berak dan kencing pun jarang-jarang. Semuanya Amai yang buat.

Dia sanggup buat tuk anak cucunya. Tapi bila kita tengok keadaan mak-mak kita macam tu memang tak sampai hati. Walaupun mereka rela tapi mereka penat sebenarnya.

Dan zaman sekarang ni dah ada perkhidmatan penjagaan selepas bersalin atau bahasa orang putihnya Confinement Lady.

Confinement Lady adalah orang yang telah menjalani latihan untuk menjaga ibu bersalin serta anaknya. Segala keperluan seperti urutan termasuk urutan susu, sengkak rahim, urutan urntuk baby, bertungku, bertangas, berbengkung semua akan di uruskan oleh confinement lady ni. 




Jadi bolehlah mak kita berehat bermain dengan cucu daripada kepenatan menguruskan kita dan baby kan.

Confinement Lady VS Jagaan Mak sebenarnya memang tak jauh beza cuma bila kita dah ada terapis yang boleh jaga kita buat apa nak susahkan mak kan. 

Oh ye...D'Haja Beauty Spa pun sekarang menawarkan pakej rawatan selepas bersalin. Antara rawatan yang di berikan ialah 

Berurut (termasuk urutan susu dan bayi)
Bertungku
Bertangas (basah/kering)
Param/Pilis/Tapel
Berbengkung
Mandian Bayi

Jadi kalau ada yang nak booking boleh je hubungi nombor di bawah ye.

Daaaa...


Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI


No comments:

Post a Comment

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...