Wednesday 10 October 2018

BAGAIMANA SET MENYUSU SHAKLEE MEMBANTU IBU MENYUSU

Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama akhirnya dapat update blog guna laptop. Almaklumlah laptop masuk ICU sekejap sebab tak berapa nak sihat. Dia pun kena berehat kan sebab banyak kerja. Hihihi..


Harini saya nak berkongsi tentang kebaikan Set Menyusu Shaklee.

Tapi sebelum tu nak tanya ni, siapa yang berhajat nak menyusukan baby cukup 6 bulan tanpa sebarang susu formula...angkat tangan..

Ibu-ibu tahu tak khasiat sebenar susu ibu ni. Selain menguatkan imun sistem ada banyak lagi khasiat yang kadang kita terlepas pandang dan ambil remeh.

Jadi saya akan kongsikan dulu sedikit apa khasiat susu ibu sebelum kongsikan kebaikan set menyusu Shaklee ni ye. Moga bermanfaat buat kita bersama.

Perbezaan susu ibu dan
susu formula


KANDUNGAN SUSU IBU


Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat yang kita pun tak terjangkau dek akal. Antaranya

MAKRONUTRIEN iaitu nutrisi yang di perlukan dalam kuantiti yang banyak oleh bayi dalam proses tumbesarannya. Nutrisi yang tergolong dalam makrontrien ni ialah Protin, Lemak dan Laktos.

MIKRONUTRIEN pula vitamin dan mineral yang sangat penting untuk pastikan tubuh badan bayi dapat menjalankan proses secara normal. Vitamin A, Vitamin B1,B2,B6 dan B12, Vitamin D, Iodin, Vitamin C, dan Kalsium adalah mikronutrien yang terkandung dalam susu ibu.

BIOACTIVE COMPONENT...aaahhh yang ni tak ada dalam susu formula tahu sebab ialah hormon yang membantu faktor pertumbuhan bayi seperti sel imun dan sel stem

Hebat kan. Allah Maha Berkuasa..segala ciptaanNya cukup teliti. 

NUTRISI YANG DI PERLUKAN 


Kita lihat pula apa fungsi vitamin dan mineral ni untuk ibu dan bayi dan kenapa ia penting.



Fungsinya ialah untuk 
  •  Menyokong penghasilan darah merah yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi
  • Selain itu zat besi juga membantu dalam perkembangan otak bayi yang optimum begitu juga tingkahlaku bayi.
  • Seterusnya ia memberi tenaga pada ibu supaya tak mudah penat dan letih..
Antara sumber bekalan zat besi ni ialah daging merah, telur, ikan , kacang soya, kerang dan sebagainya.


Ramai yang fikir vitamin c ni untuk tingkatkan imun sistem dan mencantikkan kulit. Tapi tahu tak yang vitamin c penting untuk ibu menyusu sebab ada khasiat lain selain di atas.

Antaranya
  • Ia membantu proses pemulihan (luka selepas bersalin mahupun normal ataupun pembedahan)
  • Menyokong penghasilan sel imun
  • Membantu penyerapan zat besi ke dalam sel darah merah.
  • Makanan kepada sel darah putih.
Vitamin C terdapat dalam susu ibu tapi di dalam kuantiti yang sedikit. Dan tahu tak sebenarnya vitamin C fragile jadi belum sempat baby nak dapat khasiat vitamin C ni khasiatnya dah "musnah".
Bayangkan macam mana baby nak dapat khasiat di atas...mmmm...


Kalsium ni di perlukan untuk 

  • Membantu menghasilkan susu ibu
  • Kalsium ni bukan sekadar vitamin untuk tulang tetapi ia membantu pergerakkan otot dalam badan.
  • Menagtasi masalah sembelit bagi ibu-ibu lepas bersalin.
  • Menambah simpanan kalsium dalam tulang.
  • Membina tulang dan gigi yang kuat bagi bayi.
Bila bekalan kalsium tak cukup dalam simpanan macam mana bayi nak dapat khasiat untuk gigi dan tulang yang sihat dan kuat. Lagipun akan mengganggu tumbesaran bayi nanti.

Ibu juga akan mengalami kesan sampingan seperti gigi dan tulang rapuh, membongkok, dan sering sakit-sakit tulang.


Walaupun vitamin B ni tak se famous vitamin C tapi fungsinya sangat penting. Antaranya
  • Bantu kurangkan stress sesrta stabilkan emosi dan bantu kurangkan risiko ibu meroyan.
  • Bantu penghasilan sel darah merah.
  • Menyokong kesihatan koordinasi antara otak dan pergerakkan bayi.
  • Vitamin yang wajib di ambil hari-hari sebab jika tertinggal nak makan, moto sense anak akan terjejas.
  • Untuk tambah tenaga.


Kita tengok apa fungsi protin ni pula untuk ibu menyusu..

  • Membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Protin di perlukan untuk proses pembinaan hormon.
  • Mengaktifkan imun sistem.
  • Menghasilkan tenaga untuk bina otot.
  • Menguatkan rambut.
Jika pengambilan protin cukup, takdelah masalah rambut gugur bagi ibu ye. Bukan sebab anak ngences ye...hihi


Omega 3 ni pun penting tahu. Khasiatnya

  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi.
  • Omega 3 membantu koordinasi sel yang terdiri dari 
  1. DHA - berfungsi untuk sel-sel otak
  2. EPA - berfungsi untuk imunisasi
Dan yang akhir sekali ialah


Korang pernah dengar tak mengenai Alfalfa ni? Biasanya dengar dalam set kurus atau detox Shaklee kan..tapi ia ada khasiat lain juga tahu.

  • Alfalfa ni menyokong penghasilan susu ibu secara semulajadi.
  • Tumbuhan yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Membantu mengurangkan risiko bayi kena demam kuning.


SET MENYUSU SHAKLEE

Sekarang kita lihat apa yang ada dalam set menyusu Shaklee pula ye dan macam mana ia membantu ibu menyusu.


SET MENYUSU SHAKLEE

Set menyusu Shaklee adalah pelengkap nutrisi yang ibu-ibu menyusu perlukan. Nak tahu kenapa?

Sebab setiap supplement mempunyai fungsinya yang dapat membantu ibu-ibu supaya bekalan susu cukup untuk di berikan pada bayi. Bukan hanya pada kuantiti susu sahaja malah kualiti susu ibu pun bertambah baik. 

Nak tahu macam mana? Meh, saya terangkan.

VITA LEA TABLETS

Vita Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal. Ia juga di formolasikan dengan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten untuk memastikan penyerapan folik asid yang secukupnya.

Zat besi ini sangat di perlukan oleh bayi dalam proses tumbesaran dan juga untuk ibu-ibu supaya tidak mudah pitam atau pening selepas menyusu.

VITA C PLUS

Vitamin C Shaklee ni di ekstrak daripada jagung. Jadi tiada masalah bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. Ia membekalkan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam dan juga di perkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus.

Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Vita C dapat menampung keperluan bayi apabila vitamin C di dalam susu ibu ter"musnah" sebelum khasiatnya sampai kepada bayi. Jadi alternative ini sangat penting supaya khasiat vitamin C dapat di berikan secukupnya kepada bayi.

OSTEMATRIX

Ostematrix ni di formulasikan khas dengan campuran 7 nutrient penting iaitu kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron.

Antara kelebihan Ostematrix ni ialah mengatasi masalah sembelit bagi ibu lepas bersalin, memberi tenaga dan segar sentiasa walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ia juga kemurungan, masalah kekejangan dan masalah tulang belakang.

Jangan di pandang remeh tentang pengambilan kalsium ni kerana ia boleh meyebabkan masalah seperti sengal kaki, mudah letih dan lesu, boleh berlaku masalah osteoporosis. Selain tu, penghasilan susu ibu juga akan terjejas.

B COMPLEX

B Complex dari Shaklee ini lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang di patenkan dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten.

Fungsinya ialah untuk membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping menstabilkan hormon badan manusia.

Kekurangan B Complex ini boleh menyebabkan emosi terganggu yang boleh menyebabkan gejala meroyan dan juga akan menggangu moto sense pada bayi.

ESP

ESP diperbuat daripada soya bukan GMO. setiap hidangan membekalkan 14g protin yang mempunyai indeks glisemik rendah dan lengkap dengan 9 asid amino yang di perlukan. Ia juga sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis.

Protin di perlukan kerana ia merupakan makanan kepada sel tubuh yang tidak sihat kerana ia dapat membantu dalam proses pemulihan dan membaiki sel-sel yang tidak sihat dengan sel-sel baru.

Protin ialah komposisi utama dalam susu ibu yang merupakan makanan sel. Sel badan kita ni tak kenal nasi leak ke, tempe ke, air soya ke tapi ia hanya perlukan khasiat protin dari makanan.

Ia juga membantu memekatkan susu ibu jadi anak akan rasa kenyang dengan lebih lama lagi.

ALFALFA TAB

Alfalfa Shaklee ini di ambil selepas matang ketika berusia 2 tahun kerana di saat itu ia mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi. Hanya daun Alfalfa yang di gunakan untuk proses penghasilan tablet kerana mengandungi nutrisi yang di perlukan.

Alfalfa membantu dalam proses penghasilan susu ibu secara semulajadi dan juga memekatkan susu ibu. Ia juga membantu dalam proses melawaskan dan membantu ibu buang angin dalam badan. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan gejala kembung perut pada bayi.

OMEGA GUARD

Omega Guard dari Shaklee ni telah melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat untuk singkirkan merkuri, plumbum, dioksin dan lain-lain bahan tercemar. Ia membekalkan spektrum lengkap 7 jenis asid lemak yang perlu Omega 3 yang tulen. Kurang bau dan rasa hanyir.

Omega 3 ni bagus untuk perkembangan dan fungsi otak bayi. ia juga membantu mengurangkan risiko alahan pada bayi dan meningkatkan sistem imun badan, sistem pencernaan  dan mengawal suhu badan ibu dan bayi.

Inilah antara nutrisi yang ibu-ibu menyusu perlukan dan juga khasiat set menyusu yang dapat saya kongsikan.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Boleh je.. nanti roger-roger saya, boleh saya terangkan dengan lebih terperinci lagi.

Apa yang penting, info ni dapat membantu sedikit sebanyak buat ibu-ibu yang ingin terus menyusu cukup untuk 6 bulan tanpa campur dengan susu formula. 

Sangat banyak khasit susu ibu kan, rugi tak bekalkan untuk anak kita nutrisi yang selengkapnya dari awal kelahiran mereka kan.

Jika berminat untuk memiliki set menyusu atau untuk pertanyaan lebih lanjut...boleh hubungi saya seperti di bawah.

Sebelum nak say bubye..ni dia tips untuk tambah susu ibu...



Kita jumpa lagi di entry yang lain ye...bubye..

Wassalam...


Hajira Mohamed Sali
Founder of D'Haja Beauty Spa
Muslimah Home and Mobile Spa
SID Shaklee
Mobile: 601126389769
FB: HAJIRA MOHAMED SALI
IG: HAJIRA MOHAMED SALI















No comments:

Post a Comment

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...