Wednesday 25 April 2018

Vivix Tonik Ajaib

Assalamualaikum wbt..


Hai semua. Hari ni nak kongsikan mengenai tonik ajaib dari Shaklee ni. Kenapa tonik ajaib. Ahhhh..
kejap lagi saya cerita tau. Tungguuuuuu.

Mula-mula kita berkenalan dulu dengan Vivix ni.

Vivix dan kandungannya


Vivix ialah minuman campuran dari sumber botanikal yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi anggur Muscadine, Elderberi Eropah, lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum yang menjadikan Vivix kaya dengan polifenol.

Vivix merupakan produk anti penuaan selular yang di cipta oleh Shaklee yang mempunyai 5 hak paten, sangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular.

Apakah Resveratrol dalam Vivix?

resveratrol ialah sejenil anti oksida - polifenol yang terdapat dalam tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Manakala kulit anggur merah mengandungi kandungan yang paling tinggi. resveratrol ni berperanan sebagai "sistem imunisasi" untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Apa yang menarik mengenai Vivix?

1) Vivix mempunyai 5 patent iaitu

a) Semulajadi dan polifenol diproses dari 4 jenis tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet. Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan tersebut ialah :

* Lobak Ungu
* Anggur Muscadine
* Japanese Knotweed
* British Elderberry.

Bahan aktif di dalam Vivix


Macammana nak sahkan Vivix ni bebas dari bahan pengawet. Cuba buat kajian sendiri di rumah.

Cuba simpan Vivix di dalam freezer selama lebih kurang 6 jam. Lihat dia beku atau tidak. Dan hasilnya adalah bukti kerana Vivix tiada campuran gula, air dan sebagainya.

b) Vivix merupakan gabungan daripada Resveratrol dan 15 jenis Polifenol. Resveratrol ialah sejenis akti oksida yang mampu bertindak melindungi DNA daripada kerosakan oleh radikal bebas. Polifenol pula merupakan sebatian fitokimia yang juga merupakan anti oksida yang hebat.

c) Cold filling extraction process iaitu pati buah-buahan yang dikeluarkan dalam penghasilan Vivix ini melalui proses tekanan (press) dengan suhu yang rendah. Proses yang melibatkan penggunaan air panas dan suhu yang tinggi akan menurunkan kualiti produk walaupun kuantitinya banyak.

Oleh itu, Shaklee mempatentkan proses Cold Filling Extraction ini eksklusif untuk Vivix.erana 

d) Vivix dipatentkan cecair yang 10 kali lebih berkuasa kerana mengandungi Resveratrol dan Polifenol iaitu gabungan hebat berbanding Resveratrol sahaja.Maknanya tiada produk anti penuaan sehebat Vivix.

e) Shaklee juga mempatentkan Vivix dengan anggur muscadine sebagai bahan utama kerana kehebatannya yang mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan di kawasan yang agak lembap. Ini kerana kandungan resveratrol yang tinggi di dalam anggur tersebut.


2) Khasiat 100mg Resveratrol dalam 1 sudu kecil.

3) Gabungan Resveratrol dan Polifenol menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding supplement yang mengandungi resveratrol sahaja.

4) Penyingkiran Emodin iaitu bahan yang berpotensi menyebabkan keradangan pada tubuh kita. Emodin terdapat di dalam Japanese Knotweed. Dengan penyingkiran bahan tersebut menjadikan Vivix bersifat anti inflammatory dan 10 kali lebih berkesan.

Bagaimana Vivix dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.?

Vivix dengan kesihatan kulit.

- Melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
- Mengurangkan kekeringan
- Melicinkan tekstur kulit.

Vivix membantu menguruskan badan.

-Menghalang pengeluaran sel lemak tidak matang dan mencegah sel lemak di peringkat  selular.
- meningkatkan kepekaan insulin
- Meningkatkan keupayaan otot menyerap glukosa daripada makanan.

Vivix bersifat anti radang, cegah penyakit  berkaitan tekanan oksidan

Testimoni Vivix

Apa kata mereka yang telah menggunakan Vivix.

Artis pun guna Vivix


Lebih muda dengan Vivix


Bertindak sehingga ke dalam sel


Kesimpulannya.

Sangat besar manfaat Vivix pada kesihatan kita. Lebih penting untuk kita mencegah dari mengawal penyakit terutamanya penyakit kronik. Vivix boleh di jadikan sebagai salah satu cara pencegahan dari mula lagi selain pelbagai khasiat yang terkandung.

Ciri-ciri Vivix Shaklee ialah

* Mempunyai kajian klinikal ke atas setiap  ramuan dan keberkesanannya.
* Mempunyai landmark study tersendiri  menyokong keberkesanan penggunaannya.
* Terbukti selamat di ambil oleh semua.

Jika korang berminat nak tahu lebih lanjut atau nak cuba sendiri kesan Vivix ni, bolehlah hubungi saya seperti di bawah ye.

Hajira 
Certified Beautician & Beauty Trainer of TWB
Owner of D'Haja Beauty Spa 
Natural Home Spa | Mobile Spa
Shaklee Independent Distributor
+6016- 969 5925
hajiramohamedsali@gmail.com
FB : HAJIRA MOHAMED SALI
IG : HAJIRA MOHAMED SALI

No comments:

Post a Comment

KENAPA JOIN SPA TWB BEST?

Assalamualaikum wbt... Selamat pagi semua... Target kami di TWB adalah untuk empowering women dengan bisnes mobile spa cara TWB. Mo...